Friday 6 December 2013

Pengurangan Berat Badan Secara Sihat




Hai , pehh dah lama mimie x update blog kan ? blog nie pun last update 5 October , tu pun giveaway contest. Okey lah , post kali nie mimie amik dekat surat khabar , tadi tetiba je rajin nak baca surat khabar . 
Act , mimie pun dalam proses nak kuruskan badan yg dah macam pelampung nie . So , mimi ingat nak shared apa yg mimie baca . Tak salah kan shared benda yang baik untuk semua ? 

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ 

Okey , pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yg penting , iaitu penjagaan diet dan aktivit fizikal . Dari segi pemakanan , selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan , zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik . Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan , anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan . 

  • Vitamin C
Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C semulajadi seperti limau gedang , lemon dan oren boleh membantu dalam menguruangkan penyerapan lemak . Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang ( waistline ) yang lebih luas . Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi . 
  • Teh
Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil jumlah catechin ( antioksidan dalam daun teh yang boleh meggalakkan pembakaran lemak ) yang paling tinggi lebih mengalami penambahan berat badan yang kurang berbanding dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun . Dalam memilih jenis teh , adalah digalakkan untuk membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunya kandungan catechin yang lebih tinggi . 
  • Makanan Rendah GI (Indeks Glisemik)
Makana yang rendah GI , iaitu jenis yang dihadam dengan perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepnajang hari , menurut satu kajian yang dijalankan oleh Journal of the American College of Nutrition . Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran , dan juga sesetengah buah-buahan seprti limau gedang dan beri biru . 
  • Pisang
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium , dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda . Pisang juga murah harganya , senang didapati , serta mudah untuk dibawa dan dimakan . 
  • Jauhi Makanan Yang Tinggi Kandungan Gula 
Sekiranya anda menyemak label makanan , anda akan mendapati kebanyakkannya mempunya gula tambahan ( seperti sirap jagung berfruktosa tinggi dan gula putih yang diproses ) . Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam darah . Ia boleh menjejaskan ransangan hormon leptin yang mengawal selera dan metabolisme , dan akan menyebabkan anda lebih berselera unutk memakan lebih dari biasa . Apabila ransangan leptin terjejas , ia akan menjadi lebih sukar untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan dan ditukar dan disimpan dalam badan sebgai lemak . Oleh yang demikian , apabila anda membeli makanan , pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi seperti sayuran dan kekacang .

Fuhh , penat menaip . Apa yg mimie shared nie semua dari yg mimie baca dari surat khabar . One more thing , if korang betul nak kuruskan badan . Jangan hanya melalui diet je , korang kene bersenam jugak , joging pun dah cukup baik . Sebab mimie pun always joging dengan kenkawan and nampak perubahan sikit . Tapi sekarang nie dh jarang sebab memasing dah liat nak bangun pagi . So , badan pun dah naik balik . okey lah That's all from me :*